Bebola cahaya terangi langit Siberia - Utusan Malaysia

Bebola cahaya terangi langit Siberia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURA, Rusia – Satu bebola cahaya dirakam meluncur laju di langit malam di sini baru-baru ini, berdekatan tapak letupan meteor terbesar dalam sejarah dunia moden.

Rakaman dari kamera papan pemuka sebuah kereta menunjukkan pancaran cahaya hijau bertukar kuning dan oren menerangi waktu malam perkampungan Tura di rantau Krasnoyarsk, Siberia.

“Waktu malam sejuk tiba-tiba menjadi terang dan panas seolah-olah satu mentol lampu dinyalakan di langit,” kata seorang saksi, Pyotr Bondarev yang sedang berjalan di luar dengan isteri dan anak-anaknya ketika kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar sains percaya objek yang melintasi pergunungan Siberia itu adalah seketul meteor tetapi setakat ini belum dapat dibuktikan. Objek itu turut kelihatan sehingga 400 kilometer dari lokasi tersebut dengan sesetengah saksi mendakwa ia menjunam laju ke permukaan bumi.

Tiada serpihan batu angkasa itu ditemui setakat ini. Kawasan kejadian itu tidak jauh dari lokasi Peristiwa Tunguska iaitu tapak kejadian letupan kuat pada 30 Jun 1908 yang meranapkan kawasan hutan seluas 2,000 kilometer persegi berdekatan Sungai Stony Tunguska.

Peristiwa Tunguska dipercayai berpunca daripada sebuah meteor terbakar dan meletup dalam atmosfera Bumi bersamaan letupan 185 bom atom Hiroshima, seterusnya membentuk bebola api 100 meter lebar yang membakar 80 juta pokok dan beribu-ribu haiwan khususnya rusa salji di kawasan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini