KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Beliau berkata, gabungan itu diwujudkan untuk menyelamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi yang telah mencuri dan membazirkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat, namun tanpa diduga telah mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei tahun lepas.…










