MADRID 2 Mac – Santiago Solari menegaskan Gareth Bale kekal dalam perancangannya menjelang aksi El Clasico, awal pagi esok. Bale hanya beraksi dalam dua perlawanan La Liga bagi tahun 2019 serta turun sebagai pemain gantian ketika tewas 0-3 dalam aksi kedua Copa del Rey kepada Barcelona, Rabu lalu. Skuad bimbingan Solari berpeluang untuk menebus kekalahan tersebut dan merapatkan jurang sembilan mata dengan pendahulu La Liga itu ketika menerima kunjungan mereka…










