KUALA LUMPUR 6 Mac.- Pelumba Pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing, Azlan Shah Kamaruzaman muncul pelumba terbaik Malaysia dengan catatan keempat terpantas, 2 minit 06.950 saat(s) dalam kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Idemitsu di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir hari ini. Sementara itu, Md Zaqhwan Zaidi yang mewakili Honda Asia-Dream Racing With SHOWA yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan…










