Australia tingkat usaha tangani tumpahan minyak di Pulau Solomon - Utusan Malaysia

Australia tingkat usaha tangani tumpahan minyak di Pulau Solomon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 3 Mac – Australia meningkatkan usaha menangani tumpahan minyak yang ditakuti akan menjejaskan persekitaran dari kapal kargo yang terdampar di perairan senarai-Warisan Dunia di Pulau Solomon baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

MV Solomon Trader terdampar ketika memasukkan bauksit di Pulau Rennel kira-kira 240 kilometer ibu negara Pulau Solomon, Honiara.

Sekitar 75 tan minyak berat bocor ke dalam laut manakala lebih 600 tan bakinya kekal dalam kapal sepanjang 225 meter itu.

Menurut Menteri Luar Australia, Marise Payne dalam kenyataannya, berikutan kerosakan ekologi yang meningkat dan kurang tindakan oleh entiti komersil terlibat, maka kerajaan Pulau Solomon memohon bantuan Autralia.

“Sebagai respon, kita menggerakkan operasi pengurangan pencemaran tengah laut termasuk kelengkapan, kapal dan pasukan khas.

“Operasi itu akan dijalankan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan bekerjsama dengan pihak Pulau Solomon,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN