Aubameyang kesal penalti tak masuk - Utusan Malaysia

Aubameyang kesal penalti tak masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penyerang sensasi Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang nyata kesal kerana gagal menyudahkan sepakan penalti hingga menjadi punca The Gunners sekadar seri 1-1 dengan musuh setempat, Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Wembley malam kelmarin.

Aubameyang yang masuk menggantikan Alexandre Lacazette pada babak kedua, berpeluang menghadiahkan kemenangan pada aksi derbi utara London buat Arsenal pada hujung permainan tetapi sepakan penaltinya lemah dan berjaya ditepis ke­luar penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

“Saya memohon maaf kepada rakan-rakan sepasukan, namun pada masa sama saya berbangga dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pasukan pada perlawanan ini.

“Saya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dan memberikan kemenangan kepada Arsenal tetapi ia tidak berlaku. Saya mahu melupakan peristiwa ini dan fokus untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Aaron Ramsey pada separuh masa pertama sebelum sepakan penalti kontroversi Harry Kane menya­makan kedudukan buat Spurs pada babak kedua perlawanan.

Sebagai rekod, Aubameyang sudah meledak 16 gol pada saingan EPL musim ini, cuma ketinggalan satu gol di belakang penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan dua gol dengan bintang Manchester City, Sergio Aguero.

Bekas ‘mesin gol’ Borussia Dortmund itu berpeluang menebus kehampaan tersebut dengan menjaringkan banyak gol buat Arsenal menjelang aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa menentang wakil Perancis, Rennes pada Jumaat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN