Asrama Pelajar Kolej Mahsa terbakar - Utusan Malaysia

Asrama Pelajar Kolej Mahsa terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Mac – Sebuah bilik apartment di Pangsapuri Titiwangsa Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda, di sini terbakar dalam kejadian malam tadi.

Menurut ketua operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohd. Suhaimi Jamal, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada pukul 7.35 malam sebelum menggerakkan 25 anggota melibatkan tiga buah jentera ke lokasi kejadian.

“Kejadian kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di dalam sebuah rumah yang merupakan Asrama Pelajar Kolej Mahsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran telah membakar keseluruhan bilik tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca kebakaran dan anggaran kerugian dialami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dan operasi tamat pada pukul 8.59 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini