WASHINGTON 2 Mac – Ketentera Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dijangka tidak akan meneruskan latihan ketenteraaan berskala besar tahunan ketika Presiden Donald Trump ingin meneruskan usaha berbaik dengan Korea Utara. Perkara itu dimaklumkan selepas Trump mengadakan pertemuan kedua dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Hanoi kelmarin. Bagaimanapun, pertemuan tersebut menemukan jalan buntu apabila kedua-dua pemimpin tidak mencapai sebarang persetujuan berhubung program nuklear Pyongyang. – AFP










