Arif, Azriyn teruskan cabaran di Switzerland - Utusan Malaysia

Arif, Azriyn teruskan cabaran di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pasangan beregu lelaki profesional, Mohamad Arif Ab. Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Switzerland, awal pagi tadi.

Dalam aksi pusingan kedua itu, pasangan bebas itu menampilkan aksi cemerlang dengan menyingkirkan pasangan dari India, George Arun-S.Sanyam 21-17, 21-13.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing, Lee Yong Dae yang kini bergandingan bersama Kim Gi Jung selepas pasangan Korea Selatan itu menundukkan Hiroki Okamura-Masayuki Onodera 21-821-10.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seandainya Mohd. Arif-Azriyn berjaya ke aksi separuh akhir, mereka dijangka berdepan cabaran juara dunia dua kali yang juga juara All England 2019 dari Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Sementara itu, perseorangan profesional negara, Liew Daren gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pilihan keempat dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-13, 21-17.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini