BEIRUT 1 Mac – Arab Saudi melucutkan kewarganegaraan anak Osama bin Laden, Hamza. Reuters melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.1 juta) untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai anak kepada bekas pemimpin al-Qaeda itu. -AGENSI










