APMM tahan dua lagi bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman - Utusan Malaysia

APMM tahan dua lagi bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki telah menceroboh perairan negara semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua bot berkenaan masing-masing di tahan kapal peronda APMM yang sedang membuat pemantauan kira-kira 70 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 8.30 pagi dan 9.15 pagi.

Pengarah Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua nelayan Vietnam tersebut telah menangkap lebih kurang 40 kilogram sotong disyaki dari perairan negara.

“Seramai 13 nelayan termasuk dua tekong yang kesemuanya warga Vietnam berusia dalam lingkungan 14 hingga 54 tahun didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka juga tidak memiliki permit kerja dan kebenaran daripada Jabatan Perikanan untuk menangkap hasil laut di perairan negara,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman dekat sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, APMM turut menyita dua bot terbabit bersama peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dan minyak diesel yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM600,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN