PUTRAJAYA – Aplikasi MySPR dan portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengalami masalah teknikal sudah boleh diakses semula pada pukul 8 malam tadi.
Pengerusi SPR, Azhar Harun berkata ia disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku menyebabkan kedua-dua aplikasi itu tidak dapat berhubung dengan pangkalan data utama pengundi.
“SPR mengambil maklum mengenai masalah dalam membuat semakan nama pemilih melalui MySPR Semak dan portal SPR.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kedua-dua kemudahan semakan ini bagaimanapun sudah boleh diakses semula mulai 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azhar turut memberi jaminan maklumat pemilih dalam pangkalan data SPR tidak terjejas berikutan masalah tersebut. – Bernama











