KUALA TERENGGANU 16 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia untuk menambah jumlah anggota pasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bagi membantu operasi pembersihan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dari semasa ke semasa. MOHAMAD HAMDAN Ketua Pengarahnya, Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, setakat ini sebanyak lapan pasukan dari lapan negeri telah dikerah membantu operasi pembersihan di kawasan berkenaan dan jumlah itu adalah mencukupi.…










