KUALA LUMPUR – Seorang anak tergamak memijak ayahnya sendiri selepas berang tidak dapat wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di rumah keluarganya di Taman Kundang Jaya, Rawang pada minggu lalu.
Suspek lelaki yang berusia 34 tahun terbabit kemudiannya dihalau ahli keluarganya dari rumah itu kerana marah dengan tindakan kurang ajar tersebut.
Menurut jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Gombak, lelaki terbabit didapati telah menumpang di sebuah surau di taman perumahan yang sama selama kira-kira seminggu sebelum diserbu pihaknya hasil maklumat penduduk sekitar.
“Pihak AADK yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota telah membuat serbuan di surau itu dan menemui lelaki terbabit tidur di ruangan solat wanita di surau tersebut kira-kira pukul 11 pagi pada Selasa lalu.
“Ketika ditahan, dia tidak bertindak agresif dan menyatakan bahawa dia sudah muak dengan ketagihannya dan mahu berhenti daripada melakukan perbuatan keji itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










