KUALA LUMPUR – Aksi 59 minit yang mendebarkan akhirnya berpihak kepada beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke final kejohanan badminton All England 2019. Gandingan Aaron-Wooi Yik membuktikan gelaran ‘pembunuh gergasi’ yang menyaksikan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menjadi mangsa pada aksi separuh akhir awal pagi ini. Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham, pasangan negara mengetepikan beregu Indonesia yang berada di ranking kesembilan dunia dengan…










