All England: Beregu campuran negara mara ke separuh akhir - Utusan Malaysia

All England: Beregu campuran negara mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah  penuh bergaya ke separuh akhir selepas mengejutkan pasangan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping pada kejohanan badminton All England 2019 hari ini.

Walaupun lawan mereka berada di ranking kedua dunia, pasangan negara itu dilihat tidak tertekan sebaliknya mempamerkan semangat juang tinggi meskipun Soon Huat berdepan kesakitan di bahu kanan ketika di set penentuan.

Pada aksi suku akhir berlangsung lebih sejam di Arena Birmingham itu, gandingan negara yang berada di ranking ke-14 dunia, tewas set pertama 13-21, namun bangkit menguasai set kedua dengan kemenangan 22-20.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada kedudukan pasangan Malaysia mendahului 7-6 pada set penentuan, rentak permainan Soon Huat sedikit perlahan apabila beliau mengalami kesakitan di bahu kanan, namun mampu bertahan sehingga menamatkan permainan dengan kemenangan 21-18.

“Kecederaan dialami Soon Huat tidak serius. Secara keseluruhan kami beraksi dengan baik hari ini, memberikan tentangan sengit dan menampilkan aksi terbaik,” kata Shevon ketika dihubungi. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini