BERSEMANGAT. Skuad bola sepak Fakulti Sains Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat penampilan sulung Karnival Sukan Antara Fakulti 2019 di Bangi, Selangor baru-baru ini.
Selain bola sepak, beberapa acara turut dipertandingkan pada karnival anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM itu seperti futsal wanita, e-sukan dan bola jaring.
Exco Sukan dan Rekreasi Persatuan Mahasiswa Citra UKM (Pesistra), Zarul Hakim Zulkifli berkata, pasukan yang baharu dibentuk tahun lalu itu menghantar satu skuad bola sepak yang diketuai Muhammad Affan Syahir Sabarudin bersama 15 orang pemain.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini merupakan pasukan pertama dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Citra untuk menjadi saingan kepada pasukan lain pada masa hadapan,” katanya.











