MADRID 6 Mac – Kekalahan memalukan Real Madrid selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dianggap media Sepanyol sebagai satu `kematian’ buat kelab itu. AKHBAR Sport menggunakan gambar seorang pemain Real Madrid yang menutup wajahnya dengan jersi dengan tajuk muka depan Berakhirnya Era Real, selepas mereka menyifatkan tersingkir di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara adalah sesuatu yang memalukan. Kelab gergasi Sepanyol tersebut berjaya merangkul empat trofi kejohanan elit di pentas Eropah…










