AirAsia terbang ke Lanzhou - Utusan Malaysia

AirAsia terbang ke Lanzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – AirAsia mengumumkan laluan ke destinasi baharu Lanzhou dengan perkhidmatan penerbangan te­rus antara Kuala Lumpur de­ngan satu daripada bandar terbesar di Barat Laut China itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, perkhidmatan empat kali seminggu tersebut akan ditawarkan bermula 1 Mei ini dan ia merupakan satu-satu­nya perkhidmatan terus meng­hubungkan ibu kota daerah Gansu dari Kuala Lumpur.

“AirAsia komited dalam meluaskan kehadiran kami di China. Tahun lepas, kami memulakan laluan baharu ke Tianjin dan penambahan ke Lanzhou dalam rangkaian kami adalah bukti komitmen dalam melebarkan sayap kami di pasaran utama, serta terus memenuhi keperluan perjalanan pelancong dari Malaysia dan China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia China dan Indochina, Tassapon Bijleveld berkata, laluan baharu itu akan menawarkan tambahan 156,000 tempat duduk setahun ke China, serta memberi sumbangan pen­ting terhadap industri pelanco­ngan, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi tourism antara kedua negara.

“Antara tarikan pelancong di Lanzhou dan Daerah Gansu termasuk kawasan Pergunungan Wuquan, kompleks kerajaan purba Lutusi, Kuil Bingling, Bia­ra Buddha Tibet Labrang, Dunhuang, Taman Geo Zhangye dan Sungai Kuning,” katanya.

Bagi meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli bermula daripada RM149 bagi tempat duduk biasa dan RM789 bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.

“Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari sekarang sehingga 24 Mac 2019, bagi tempoh perjalanan antara 1 Mei 2019 hingga 26 Oktober 2019,” kata syarikat penerbangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini