HULU LANGAT 2 Mac – Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali turun mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain di sini pagi ini.
Beliau yang ditemani isteri, Nurul Filzah Bakhtiar tiba di pusat mengundi itu pada pukul 7.55 pagi.
Sementara isterinya pula akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih.
Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Aiman yang berkemeja merah menunjukkan tanda bagus dan melambai-kepada pemberita ketika memasuki pekarangan pusat mengundi.
Muhammad Aiman mengundi di saluran lima.
Di pusat tersebut mencatatkan seramai 2,326 pengundi dengan lima saluran. – UTUSAN ONLINE











