Ahli politik perlu main peranan kurangkan ‘Islamofobia’ - ANIC - Utusan Malaysia

Ahli politik perlu main peranan kurangkan ‘Islamofobia’ – ANIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Majlis Imam Kebangsaan Australia (ANIC) mengecam sekeras-kerasnya insiden tembakan serta perbuatan keganasan di dua masjid di Cristchurch, New Zealand.

ANIC dalam kenyataan berkata, ahli-ahli politik perlu memainkan peranan untuk mengurangkan ‘Islamofobia’ dan kebencian terhadap satu kumpulan yang kini semakin meningkat di Australia dan New Zealand.

“Insiden ini berlaku dalam keadaan Islamofobia yang sedang meningkat. Berdasarkan laporan, suspek adalah warga Australia yang berkait dengan kumpulan ‘ketuanan orang putih’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden tragis ini mengingatkan bagaimana rapuh masyarakat kita. Ia adalah kritikal untuk kita berdiri bersama-sama sebagai satu komuniti dan menepis semua kebencian dan keganasan yang ditujukan kepada komuniti kita.

“Komuniti Islam di Australia dan New Zealand perlu kekal tenang dan terus beri sokongan terhadap rakan-rakan yang memerlukan bantuan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini