KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau dan partinya telah membuat pembayaran sebanyak RM1.4 juta menerusi cek kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah difailkan sebelum ini. Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan gambar pertemuan beliau yang tersebar sebenarnya telah diambil di Thailand pada lebih dua tahun lalu. “Gambar itu diambil sewaktu saya mengadakan pertemuan dengan bekas…









