JASIN 27 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan tujuh kesalahan utama penyebab berlakunya kemalangan yang didapati masih kerap dilakukan pengguna jalan raya di negeri ini. Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, kesalahan-kesalahan itu didapati masih tinggi malah merupakan penyumbang utama kepada kes-kes kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut. Menurutnya, tujuh kesalahan itu adalah tidak memakai topi keledar (motosikal), memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, memandu sambil menggunakan…










