60 peratus tidak ketahui hak pengguna perkhidmatan komunikasi - Utusan Malaysia

60 peratus tidak ketahui hak pengguna perkhidmatan komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 31 Mac – Sebanyak 60 peratus rakyat Malaysia tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

MOHAMAD YUSRIZAL YUSOFF

Pengerusi Forum Pengguna dan Multimedia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, perkara itu disebabkan kurangnya pendedahan dan kesedaran tentang hak mereka khususnya jika berhadapan masalah seperti maklumat bil serta rangkaian telekomunikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya lagi, malah masih ramai lagi masyarakat tidak mengetahui kewujudan CFM sebagai platform aduan komunikasi dan multimedia di negara ini.

“Sehubungan itu, CFM mengambil langkah proaktif dengan memperluaskan aktiviti kesedaran menerusi program turun pandang bagi menerangkan lebih lanjut tentang peranan kami.

“Misalnya pada baru-baru ini, kami telah menjelajah ke seluruh negara termasuk masuk ke kampung untuk bertemu dengan warga desa secara lebih dekat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Animasi CFM di hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Shakib Ahmad Shakir.

Sementara itu, Shakib memaklumkan, industri animasi negara ini mempunyai potensi besar kerana nilai eksport sektor itu telah mencatat pulangan besar.

Katanya, banyak produk-produk animasi tempatan berjaya dipasarkan ke peringkat antarabangsa termasuk di Indonesia dan negara-negara Asia Barat.

“Produk animasi negara kita antaranya Upin dan Ipin telah mendapat penerimaan baik di luar negara dan ini sekali gus menandakan perkembangan positif terhadap industri ini.

“Kerajaan justeru itu amat menyokong penuh terhadap pembangunan industri animasi menerusi pelbagai insentif digerakkan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( Finas) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini