55 individu ditahan kerana dadah - Utusan Malaysia

55 individu ditahan kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU, 24 Mac – Polis menahan 55 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar bandar raya itu termasuk Likas, Sembulan dan Tanjung Aru dalam tempoh seminggu bermula 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berumur 15 hingga 54 tahun yang ditahan itu turut merangkumi tujuh warga asing.

“Seramai tujuh individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 48 lagi didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Habibi, pihaknya turut merampas dadah jenis ganja seberat 272.45 gram yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier di sebuah pejabat pos selain merampas 2.35 gram syabu, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM11,200.

Tambahnya, usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini