BUTTERWORTH 1 Mac – Sebanyak lima buah rumah terbakar dengan tiga daripadanya hangus sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Manis di sini awal pagi tadi.
Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi itu turut menyebabkan dua rumah terbakar kira-kira lima peratus.
Katanya, kejadian berlaku ketika kebanyakan penghuni sedang tidur namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Selain itu, kebakaran turut memusnahkan sebanyak tiga buah motosikal yang hangus kira-kira 90 peratus.
“Api bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











