MANILA 15 Mac – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam mendedahkan sebanyak 46 pegawai kerajaan termasuk tiga anggota Kongres terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Lapor Arab News, Duterte berkata, siasatan jenayah ke atas semua kakitangan kerajaan itu sedang dibuat. Walaupun pengkritik memberi amaran supaya Presiden tidak membuat pengumuman terbuka tanpa bukti, Duterte menegaskan bahawa, beliau mempercayai agensi kerajaan yang menyediakan maklumat itu. – AGENSI










