BEIRUT 7 Mac – Kira-kira 400 anggota Daesh ditangkap ketika cuba melarikan diri dari kubu kuat terakhir mereka di Syria kelmarin. BBC melaporkan, kesemua anggota militan tersebut ditahan pada waktu tengah malam ketika cuba meninggalkan kawasan Baghuz dengan bantuan kumpulan penyeludup. Tindakan itu dilakukan selepas pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera kerajaan Syria mengebom kubu Daesh di kawasan berkenaan, baru-baru ini. – AGENSI










