KANGAR 1 Mac – Sebanyak 34 pelarian Rohingya termasuk sembilan kanak-kanak yang dalam keadaan keletihan diselamatkan penduduk kampung setelah dipercayai ditinggalkan tekong di pesisir pantai berdekatan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini hari ini. Kesemua mereka sebelum itu dipercayai telah menempuh perjalanan selama empat hari dari negara asal sebelum menaiki bot ke negeri ini dan tiba di kampung berkenaan awal pagi. Difahamkan, sebelum ditemukan penduduk, mereka terpaksa meredah lumpur…










