31 warga asing dicekup di tapak pembinaan - Utusan Malaysia

31 warga asing dicekup di tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 31 warga asing termasuk dua wanita dicekup penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di sini awal pagi tadi. 

Dalam operasi selama lima jam yang berakhir pukul 5 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 42 tahun dari Indonesia dan Bangladesh.

Ketua Penguat Kuasa JIM, Nar Azaman Ibrahim berkata, hasil risikan dan aduan orang ramai, serbuan dibuat di tiga lokasi tapak pembinaan di kawasan Durian Tunggal, Sungai Putat serta Bukit Katil.

“Dalam operasi ini, kita telah memeriksa seramai 230 warga asing dan mendapati 31 daripada mereka gagal menunjukkan dokumen dan pas perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dilakukan.

“Mengikut pecahan, seramai 22 yang ditahan adalah warga Bangladesh manakala baki dari Indonesia,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai operasi di Bukit Katil tadi.

Beliau berkata, kesalahan terbanyak direkod membabitkan kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan menetap melebihi masa antara tempoh dua bulan hingga setahun.

“Sepasang suami isteri turut ditahan selepas didapati melanggar syarat pas kerja apabila menjalankan perniagaan,” katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan akan dibawa ke pejabat JIM untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depot tahanan Machap Umboo, Alor Gajah dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39b Peraturan- Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) (c) dan Seksyen 15(1)(c). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN