25 motosikal rentung, bengkel terbakar - Utusan Malaysia

25 motosikal rentung, bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG 29 MAC – Sebanyak 25 buah motosikal pelbagai jenis milik pelanggan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah bengkel membaiki motosikal di Jalan SGG 6/1 Kampung Sungai Gulang-gulang, di sini awal pagi ini.

Pemilik bengkel, Azman Kusban, 44, berkata kejadian disedari anaknya, Muhamad Sahrolnizan Azman, 16, selepas dia terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan dari arah bengkel motosikal.

“Anak saya sangka bunyi letupan itu adalah bunyi petir, tapi alangkah terkejutnya bila tinjau dari tingkap, dia nampak api sedang marak membakar bengkel motosikal,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, anaknya bergegas mengejutkan ahli keluarga yang lain sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan motosikal pelanggan kerana api telah marak dengan cepat keseluruh bahagian bengkel.

“Cuma yang dapat kami usahakan menyembur air paip ke arah rumah yang terletak kira-kira 10 meter dari bengkel yang terbakar itu,” katanya yang telah mengusahakan bengkel tersebut sejak 1986.

 

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Pegawai Bomba Kanan II Arbain Saarani, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.44 pagi.

Katanya, tujuh pegawai dan anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman serta turut dibantu tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari balai Kuala Selangor.

 

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal kebakaran sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya 45 minit kemudian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini