LIPIS – Sebanyak 21 buah rumah dinaiki air akibat banjir kilat yang melanda Kampung Mentara Baharu, di sini hari ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, hujan lebat lebih empat jam yang melanda kawasan terbabit menyebabkan berlakunya banjir kilat. “Kawasan terbabit mempunyai laluan air yang sempit menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kediaman penduduk,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut, setakat ini tidak ada mangsa banjir yang dipindahkan dan keadaan masih terkawal. “Kita akan membuat pemantauan berterusan mengenai paras air serta kediaman di kawasan yang dilanda banjir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya