UMNO Sembrong mahu Hishammuddin kembali

UMNO Sembrong mahu Hishammuddin kembali

ONN Hafiz Ghazi bersalaman dengan Ahli UMNO Bahagian Sembrong ketika hadir merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Sembrong di Rumah Komuniti UMNO Sembrong di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: UMNO Bahagian Sembrong dalam mesyuarat Bahagian itu hari ini mengemukakan usul supaya bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diterima semula dalam kepemimpinan parti itu.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap merasmikan mesyuarat itu berkata, beliau akan membawa usul berkenaan kepada peringkat kepemimpinan tertinggi UMNO.

“Sembrong ini bukan sekadar kawasan politik, ia tempat saya mula belajar dan mengenal erti perjuangan. Dan orang yang membawa saya ke sini ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Saya dimaklumkan ada usul supaya pucuk pimpinan UMNO mempertimbangkan semula untuk menerima beliau kembali di peringkat UMNO Bahagian Sembrong. Insya-Allah sebagai Pengerusi UMNO Johor, saya akan bawa usul ini ke peringkat tertinggi,” katanya.

Hishammuddin sebelum ini digantung keahliannya dalam UMNO selama enam tahun bermula dari 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Sementara itu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar berkata, usul yang dikemukakan itu mencerminkan penghargaan ahli akar umbi UMNO terhadap kepemimpinan Hishammudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN