Bukan kaftan biasa

Bukan kaftan biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernah dengar orang kata, “kaftan ini macam vibe makcik sangat.” Let me stop you right there.

Minggu ini, kita buang jauh-jauh stereotaip tu sebab saya ingin kenalkan satu jenama tempatan yang mempesonakan, Caftan X.

Saya terjumpa jenama ni secara tidak sengaja semasa menatal Instagram dan terus jatuh cinta pandang pertama dengan koleksi Linda.

Bayangkan dirimu melangkah ke dewan dengan kaftan ini, sekalipun ia tidak berkilat atau tanpa potongan dramatik tetapi semua mata kekal memandang.

Koleksi Linda ada aura keanggunan sederhana. Fabriknya premium, jahitan kemas dan paling penting potongannya beralun dan sangat body flattering. Sesuai untuk semua bentuk badan.

Warna-warna yang ditawarkan pun cukup eksklusif dan versatil iaitu manggis, hijau olive, hitam dan putih.

Ia sesuai digayakan sama ada untuk acara malam, sarapan pagi dengan rakan atau ke kenduri kahwin.

Kalau nak stailkan kaftan ini, pilih aksesori ringkas tetapi bold.

Cuba padankan dengan subang bersaiz besar atau gelang cuff untuk seimbangkan alunan kaftan.

Kalau mahukan sentuhan glam, beg clutch dengan metal boleh menaikkan seri. Kasut pula, pilih tumit tinggi block atau strappy flats. Kaftan ini sudah cukup wow, jangan sabotaj dengan kasut yang over.

Untuk yang bertudung, ini tips penting. Pilih tudung satin atau sifon lembut dan ringan. Elakkan tudung terlalu tebal atau bertekstur yang boleh menambah volum berlebihan di bahagian atas badan.

Kalau mahu nampak lebih sleek, ikat tudung gaya loose wrap atau lilit Turkiye, ringkas tapi on point.

Koleksi Linda dari Caftan X adalah bukti gaya tidak kenal usia. Ia feminin, moden dan yang paling penting, pasti membuatkan dirimu rasa cantik tanpa perlu jadi orang lain.
Bila ada sesiapa yang mengatakan kaftan hanya untuk makcik, senyum sahaja dan melangkah penuh yakin melepasi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN