2 wanita asing antara ditahan edar dadah di Puchong - Utusan Malaysia

2 wanita asing antara ditahan edar dadah di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Dua wanita warganegara asing dan seorang lelaki warga tempatan ditahan semasa mahu melakukan transaksi penjualan dadah di tempat letak kereta di sebuah apartmen di sekitar Puchong pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada pukul 11.45 malam yang disertai oleh sekumpulan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM100,000.

Kedua-dua wanita itu didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan kes mereka dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika ditahan, mereka sedang memegang beberapa beg yang berisi dadah.

“Pasaran untuk pengedaran dadah mereka tertumpu kepada kelab malam.

“Antara dadah yang berjaya dirampas adalah 1890 biji pil ekstasi, ketamin seberat 45 gram(g), 200 biji pil Erimin 5,” katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

Ismadi menambah, kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 39 tahun itu sudah menjalankan operasi selama hampir tiga bulan.

“Kita turut merampas dua buah kenderaan iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 dan Honda CRV yang digunakan untuk kegiatan mereka.

“Wang tunai bernilai RM1080 turut dirampas dan nilai keseluruhan sitaan adalah berjumlah RM111,080,” ujarnya.

Kesemua suspek telah direman selama seminggu sehingga 9 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN