PONTIAN 28 Mac – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan teksi, kereta dan lori di Kilometer 87.5 Jalan Batu Pahat-Pontian berhampiran Kampung Parit Abdul Rahman Benut dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 10.37 malam itu, Abdul Rahman Daud, 66, yang memandu teksi jenis Nissan Sylphy dan pemandu Proton Satria, Daing Mohamad Shahdan Shah Nabidon, 23, maut. Seorang lagi iaitu penumpang Proton Satria, Muhammad Adha Othman,…










