1,906 mangsa Pencemaran toksik setakat ini
 - Utusan Malaysia

1,906 mangsa Pencemaran toksik setakat ini


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Mac – Jumlah mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini yang ditempatkan pusat saringan sehingga pukul 12 tengah hari ini adalah seramai 1,906 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,483 mangsa ditempatkan di Pusat Saringan Dewan Taman Pasir Putih dengan 224 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Beliau berkata, seramai 423 mangsa pula ditempatkan di Pusat Saringan Dewan Taman Mawar dengan 52 kes dirujuk ke HSI.

Memuatkan artikel berkaitan…

“869 mangsa mendapatkan rawatan secara terus di hospital dan klinik-klinik di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru tanpa merujuk kepada pusat saringan yang dibuka.

“Bagi memastikan jumlah mangsa berada pada tahap terkawal, kerajaan negeri mengambil langkah pemantauan udara secara berkala dalam memastikan orang ramai sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkenaan insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini