CARACAS 10 Mac – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan mendakwa kira-kira 15 orang pesakit buah pinggang maut dalam tempoh dua hari kerana tidak dapat menjalani rawatan dialisis kerana gangguan bekalan elektrik. Pengarah Kumpulan Hak Asasi Kesihatan Codevida, Francisco Valencia berkata, terdapat 15 kematian pada Jumaat dan semalam kerana pesakit buah pinggang tidak dapat menjalani rawatan. “Masalah gangguan bekalan elektrik menyukarkan pesakit buah pinggang, kritikal. Kita bercakap tentang 95 peratus…










