1 anggota polis maut, pekerja kesihatan cedera dalam serangan pusat Ebola di Congo - Utusan Malaysia

1 anggota polis maut, pekerja kesihatan cedera dalam serangan pusat Ebola di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTEMBO 9 Mac – Kumpulan lelaki bersenjata menyerang pusat rawatan Ebola membunuh seorang anggota polis manakala seorang pekerja kesihatan tercedera di Republik Demokratik Congo hari ini.

Menurut Datuk Bandar Butembo, Timothe Muissa Kiesse, pusat tersebut baharu dibuka semula Sabtu minggu lalu selepas diserang menggunakan senjata sebelum itu.

“Tembakan suspek bermula sekitar pukul 6 pagi dan diteruskan selepas 30 minit kemudian dengan kehadiran tentera serta polis.

“Pasukan tentera dan polis dapat menangkap salah seorang penyerang daripada kumpulan pemberontak Mai-Mai serta berharap dapat mengetahui motif mereka. ,” katanya.

Serangan itu beberapa jam sebelum lawatan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus ke pusat berkenaan.

Tambahnya, penyerang itu dicap sebagai pengganas yang mahu membunuh mereka yang sakit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×