Zakaria Abd Rahman dilantik Ketua JSPT Perak - Utusan Malaysia

Zakaria Abd Rahman dilantik Ketua JSPT Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH,18 Feb. – Bekas Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Supt Zakaria Abd Rahman dilantik sebagai Ketua JSPT Perak hari ini.

Zakaria Abd Rahman
Zakaria Abd Rahman 

Beliau mengambil alih tugas daripada Timbalan Pengarah JSPT Perak DSP Abd Aziz Abd Rahman yang memangku jawatan itu sejak November tahun lepas.

Berbekalkan pengalaman selama 33 tahun berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Zakaria, 54, berkata fokus utama beliau adalah mengatasi masalah samseng jalanan atau mat rempit di Perak.

“Saya komited untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan beriltizam memastikan keselamatan jalan raya dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas Pengarah JSPT Perak yang disaksikan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak SAC Mohamad Laham.

Zakaria sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, Johor dan Komander Unit Pencegahan Penyeludupan Perlis. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN