Wanita warga asing nekad terjun dari tingkap - Utusan Malaysia

Wanita warga asing nekad terjun dari tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing nekad mengambil risiko terjun daripada tingkat satu sebuah bangunan selepas sebuah pusat urut diserbu dalam operasi bersepadu Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri 2.0 di sekitar kawasan Platinum Walk, Setapak di sini tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, dalam operasi sekitar pukul 1 petang itu, sebanyak lapan buah pusat urut tanpa lesen yang menawarkan khidmat seks di sekitar kawasan Setapak berjaya dilumpuhkan.

Katanya, seramai 56 individu termasuk tiga lelaki tempatan yang bekerja di sana turut ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Myanmar yang berperanan sebagai penjaga premis, 13 wanita warga Thailand, 29 wanita warga Vietnam, sembilan wanita warga Indonesia serta seorang wanita warga Kemboja yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan pakej berharga RM180.

“Kebanyakan premis ini dikesan telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi dan didapati tidak memiliki lesen untuk beroperasi,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai serbuan dilakukan.

Turut serta dalam operasi bersepadu tersebut adalah Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). – K! ONLINE

Sebahagian daripada 52 wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu Banteras Aktiviti Har
Sebahagian daripada 52 wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu BAH Siri 2.0 di sekitar kawasan Setapak hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN