Wanita maut terperosok, kereta mengundur ketika rosak - Utusan Malaysia

Wanita maut terperosok, kereta mengundur ketika rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 6 Feb. – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya yang rosak mengundur secara tiba-tiba di kawasan berbukit di Solok Air Manggis, Rembia di sini petang ini.

Maut
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa 

Mangsa, Nurfizah Mohd. Taufek, 41, mengalami kecederaan parah di seluruh badan akibat terperosok di bawah kereta jenis Kia Spectra dalam kejadian yang berlaku pukul 2.30 petang itu.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintenden K. Mahadevan, sebelum kejadian kereta yang dipandu mangsa itu rosak ketika berada di kawasan cerun. 

“Sewaktu rosak di kawasan berbukit, kenderaannya tiba-tiba mengundur menyebabkan mangsa keluar dari kereta untuk menahan daripada bergerak.

“Mangsa bagaimanapun telah terjatuh lalu terperosok di bawah keretanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahadevan berkata, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah.

Katanya, wanita itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan sebaik sahaja dibawa keluar,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN