SITIAWAN – Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori simen di Kilometer 5 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Kampung Koh di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Eu Hea Nee, 47, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang…










