Video tular bukan di jabatan kami - JPJ - Utusan Malaysia

Video tular bukan di jabatan kami – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menafikan insiden pertengkaran yang didakwa berlaku di kaunter perkhidmatan kerajaan yang tular menerusi media sosial hari ini berlaku di mana-mana premis atau jabatan tersebut.

JPJ dalam kenyataannya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut tular sejak semalam.

“Siasatan lanjut mendapati situasi itu tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ sebagaimana diuar-uarkan dalam media sosial dan aplikasi Whatsapp.

“JPJ sentiasa mengingatkan warga kerjanya agar sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang menerapkan ciri-ciri kendiri yang selari dengan kehendak masa dan zaman ini agar rakyat mudah berurusan tanpa menimbulkan masalah berikutan tidak mendapat layanan yang sewajarnya,” katanya.

Rakaman berdurasi 43 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengamuk selepas mendakwa terpaksa menunggu selama empat jam untuk berurusan di kaunter tersebut. 

Apabila gilirannya tiba, dia kemudian diarahkan untuk datang semula kerana telah sampai waktu rehat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN