AMPANG JAYA 16 Feb. – Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM 500,000 bagi menjayakan Kempen Selangor Gempur Aedes 2019 yang bertujuan mengekang peningkatan kes denggi secara berterusan di negeri tersebut.
Video oleh ROSKHOIRAH YAHYA
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, inisiatif itu diadakan ekoran Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
“Pada tahun ini sehingga 9 Februari lalu, bilangan kes terkumpul di Selangor adalah sebanyak 10,479 iaitu meningkat sebanyak 204 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Jumlah kematian pula mencatatkan 12 kes yang menyaksikan peningkatan sebanyak 140 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Kawasan yang mencatatkan kes denggi tertinggi adalah di Kajang diikuti Ampang dan Cheras,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) dan Operasi Zero Larva (Ozel) di Lokaliti Hotspot Denggi dan Taman Bukit Teratai.- UTUSAN ONLINE.










