[VIDEO] Johor mesti perjuang hak - PM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Johor mesti perjuang hak – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Feb. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan negeri Johor memperjuangkan hak mereka dalam isu penjualan air dengan Singapura tanpa menunggu tindakan daripada Kerajaan Persekutuan.

Video oleh YULPISMAN ASLI

Perdana Menteri berkata, Singapura sebenarnya tumbuh pesat kerana Johor membekalkan air kepada republik itu pada kadar yang tidak adil.

“Saya dapati orang Johor jarang bercakap, mereka tunggu rundingan Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri seolah-olah tidak begitu berasa  tertekan kerana mendapat tiga sen bagi 1,000 gelen air.

“Saya fikir kerajaan negeri juga mesti selalu menyebut perkara ini orang kaya bergantung kepada orang miskin. Ini sudah tentu tidak logik dan morally wrong (tidak bermoral).

“Rakyat Johor meski tekan (sebut) Singapura eksploitasi air Johor,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sesi pemukiman kerajaan Negeri Johor bersama Perdana Menteri dan Menteri Persekutuan di sebuah hotel di sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta semua Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) PH di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, Johor pada masa sama perlu menonjolkan kelebihan dan kekuatan yang ada di negeri itu seperti pelabuhan bagi bersaing dengan Singapura.

“Dahulu kedudukan Singapura strategik kerana laluan kapal Timur dan Barat yang menggunakan layar dan bergantung kepada tiupan angin.

“Zaman ini kapal guna enjin dan kedudukan Singapura tidak lagi dianggap strategik. Johor juga sama strategik dengan Singapura. Singapura ada kelebihan Johor juga ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN