KENAL Sufian Suhaimi, Hael Husaini? Ya. Boria? Entah. Itulah realiti kebanyakan remaja pada masa kini. Kalau pasal artis, lebih-lebih lagi yang baru menang dalam pertandingan popular anjuran sebuah stesen televisyen swasta, dua minggu lalu, memang ‘pakar’. Tapi warisan sendiri tidak tahu. Ini bukan benda lucu, tapi benar-benar berlaku seperti diceritakan sendiri oleh penggiat boria, Omar Md. Hashim, 64, kepada saya. Lebih membimbangkan Omar yang lebih mesra dipanggil Omara, ada orang…










