KUALA LUMPUR 26 Feb.- Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berdepan masalah meraih kemenangan 4-1 ke atas Maybank dalam aksi separuh akhir pertama Piala TNB, hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Razak itu menyaksikan empat gol UniKL diperoleh menerusi pemain import UniKL, Martijn Havenga pada minit kelapan manakala jaringan kedua daripada Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-20.
Sementara baki dua gol UniKL dijaringkan oleh Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-21 dan Robert Huib Kemperman pada minit ke-58.
Gol tunggal Maybank dijaringkan oleh Muhammad Haziq Samsul pada minit ke-60.- UTUSAN ONLINE











