Ular sawa Australia ikut wanita terbang pulang ke Scotland - Utusan Malaysia

Ular sawa Australia ikut wanita terbang pulang ke Scotland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW, Britain – Seorang wanita Scotland secara tidak sengaja membawa pulang seekor anak ular sawa ke rumahnya dekat sini Jumaat lalu, dipercayai dibawa dari rumah anak dan menantunya di Australia.

Moira Boxall menemui ular tersebut di dalam bagasinya yang mulanya disangkakan ular plastik diletakkan anak dan menantunya sebagai bahan jenaka tetapi dia terkejut melihat ular itu bergerak dan melingkar ke dalam kasut kanvas miliknya.

Menantunya, Paul Airlie memberitahu, ibu mertuanya pernah mengejutkannya dari tidur kerana mendakwa melihat seekor ular dalam biliknya pada pukul 3 pagi (waktu Australia) beberapa hari sebelum pulang ke Scotland.

“Kami mencari ular tersebut di sekitar bilik tidur itu, namun tidak menjumpainya. Kami tidak menyangka ular tersebut boleh bersembunyi di dalam bagasi dan ikut pulang ke Scotland,” kata Airlie.

Ular itu dilaporkan telah bersalin kulit ketika dalam perjalanan ke Scotland. Anak ular sawa itu kini dikuarantinkan pihak berkuasa dan mungkin akan ditempatkan di Zoo Glasgow. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN