Tujuh kanak-kanak rentung di Kanada - Utusan Malaysia

Tujuh kanak-kanak rentung di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO 20 feb. – Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak yang dipercayai sekeluarga maut selepas rumah yang mereka duduki terbakar dalam satu kejadian di bandar Halifax, di sini semalam.

BBC melaporkan, seorang lelaki dan wanita turut cedera dalam insiden tersebut yang berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Polis tidak mendedahkan identiti mangsa namun media tempatan melaporkan bahawa sebuah keluarga dari Syria mendiami rumah yang terbakar terbabit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN